Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Beberapa kawasan di 11 negeri diramal alami hujan lebat, angin kencang petang ini
  • SEMASA

Beberapa kawasan di 11 negeri diramal alami hujan lebat, angin kencang petang ini

Utusan Sarawak 5 months ago

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di 11 negeri termasuk Wilayah Persekutuan diramal dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang petang ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan kawasan terlibat ialah Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Kerian, Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim (Perak) dan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin (Pahang).

Turut diramal dilanda hujan lebat dan angin kencang ialah Sri Aman, Miri dan Limbang di Sarawak serta pedalaman Sipitang dan Tawau di Sabah.

Menurut kenyataan itu Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor juga diramal mengalami hujan dan angin kencang petang ini. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Hanya 0.13 peratus tidak tandatangan SSPA – KPPA
Next: Sarawak, Kemboja teroka sinergi ekonomi, perdagangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.