
MIRI: Beberapa jalan utama di sekitar bandar raya Miri mula dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi ini, sekali gus menjejaskan kelancaran trafik dan pergerakan penduduk setempat.
Tinjauan Utusan Sarawak mendapati paras air di beberapa lokasi rendah meningkat secara berperingkat, menyebabkan pengguna jalan raya dinasihatkan supaya berhati-hati, terutama ketika melalui kawasan berisiko banjir kilat.
Antara jalan yang terjejas ialah Jalan Pujut-Miri, Jalan Maigold, Taman Tunku dan Kampung Lereng Bukit.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan melibatkan beberapa bahagian di Sarawak berikutan jangkaan hujan lebat dan hujan berterusan sehingga esok.
Amaran tersebut dikeluarkan pada 6.30 pagi tadi, susulan keadaan cuaca tidak menentu yang berpotensi menyebabkan banjir, tanah runtuh dan gangguan pergerakan di kawasan terlibat.
Oleh Liong Chai ling