Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Beberapa jalan utama di Kuching ditutup sempena Larian Sarawak Energy Isthmus 2025
  • Selatan
  • WILAYAH

Beberapa jalan utama di Kuching ditutup sempena Larian Sarawak Energy Isthmus 2025

Utusan Sarawak 3 hours ago

LALUAN DAN LOKASI…penutupan jalan di sekitar Kuching sempena Larian Sarawak Energy Isthmus 2025 pada 9 dan 10 Ogos ini.

KUCHING: Beberapa jalan utama di bandar raya Kuching akan ditutup atau dilencongkan bermula esok bersempena penganjuran Larian Sarawak Energy Isthmus 2025 yang dijadual berlangsung dari 9 Ogos, 8.00 pagi hingga 10 Ogos, 10.00 pagi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintenden Merbin Lisa berkata, penutupan dan lencongan itu melibatkan laluan di sekitar Bangunan Sarawak Energy/Isthmus, Jalan Isthmus, Jalan Pelabuhan serta Jalan Kwong Lee Bank bermula 9 Ogos.

Selain itu, penutupan tambahan akan melibatkan lebih 30 jalan lain di sekitar bandar raya ini bermula 12.01 tengah malam hingga 8.00 pagi pada 10 Ogos.

“Langkah ini bertujuan melancarkan perjalanan program larian maraton yang menghimpunkan peserta tempatan dan luar negara, selain memastikan kelancaran aliran trafik di pusat bandar,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menasihati pengguna jalan raya agar tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan sepanjang laluan terlibat, selain merancang perjalanan dan memilih laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan.

Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching di talian 082-259900.

Continue Reading

Previous: Tabuan Jaya Health Clinic to begin operations soon, says Bandar Kuching MP
Next: 18 Pertubuhan DUN Simanggang terima peruntukan MRP RM83,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.