Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Beberapa jalan di Bintangor ditutup sementara sempena Powerboat Race 2025
  • Tengah
  • WILAYAH

Beberapa jalan di Bintangor ditutup sementara sempena Powerboat Race 2025

Utusan Sarawak 4 hours ago
PEMBERITAHUAN….Notis pemberitahuan pihak MDMJ kepada orang ramai yang hadir ke Pesta Meradong 2025.

BINTANGOR: Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal berikutan penutupan beberapa laluan utama di sekitar pekan Bintangor bermula 13 November ini sempena Bintangor Powerboat Race 2025. 

Penutupan sementara dilaksanakan bagi memberi laluan kepada acara sukan air tersebut dan persiapan teknikal sepanjang penganjuran berlangsung di Tebingan Sungai Rajang.

Menurut notis pemberitahuan Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ), ia melibatkan Jalan Dermaga, kawasan sekitar gerai Medan Selera dan jeti, serta Jalan Lintang berhampiran gerai Selera Harmoni dan jalan di tepi salah sebuah pasar raya.

Penutupan akan bermula 5.00 pagi, 13 November (Khamis) hingga 8.00 malam, 16 November (Ahad). 

Langkah ini diambil bagi memastikan kelancaran perjalanan acara dan keselamatan awam sepanjang perlumbaan berlangsung. 

Bintangor Powerboat Race 2025 dijangka menarik ribuan pengunjung dari dalam dan luar Daerah Meradong serta menjadi antara kemuncak utama Pesta Meradong 2025. 

Ia dijadualkan bermula 14 November dan berakhir pada 16 November. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Eksklusif: ‘SFC sudah ambil sampel muntah paus, mudah-mudahan ini rezeki kami anak beranak. Amin’ – Pak Cik Semawi
Next: Program kemahiran CIDB dan ABM buka peluang keusahawanan di Kampung Saai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.