Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Beberapa individu ditahan terlibat kekecohan di Kampung Sungai Baru – Polis
  • NASIONAL

Beberapa individu ditahan terlibat kekecohan di Kampung Sungai Baru – Polis

Utusan Sarawak 1 day ago
Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Polis menahan beberapa individu susulan kekecohan ketika operasi pengosongan 37 unit rumah teres Kampung Sungai Baru, di sini pagi tadi sehingga menyebabkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Sulizmie Affendy Sulaiman cedera di kepala.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang mencetuskan provokasi sehingga mencederakan pegawai polis itu.

“Saya cukup marah apabila dimaklumkan, ACP Sulizmie Affendy cedera dibaling objek, hal ini bukan perkara kecil dan saya akan pastikan mereka yang terlibat dikenakan tindakan tegas dan ada beberapa individu yang ditahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau operasi pengosongan rumah teres di kampung itu hari ini, yang dijalankan berikutan arahan mahkamah.

Terdahulu, Fadil turut dilihat memberikan penjelasan kepada penduduk yang berkumpul supaya memahami tanggungjawab pihak polis dalam melaksanakan perintah mahkamah.

Fadil berkata Sulizmie Affendy telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan atas kecederaan dialaminya.

“Saya difahamkan ada juga orang awam yang mengalami cedera ringan, iaitu terseliuh pada tangan dalam rempuhan itu dan kami akan kenal pasti individu berkenaan,” katanya. 

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya mengesan sekumpulan individu dikenal pasti bukan penduduk Kampung Sungai Baru yang dipercayai cuba menimbulkan kekecohan.

“Ada dalam kalangan individu (berkumpul) di sini dipercayai terbabit dengan aktiviti menimbulkan kekacauan serta mencurigakan, perkara itu diakui penduduk yang mengenal pasti terdapat orang luar turut berkumpul di sini yang menimbulkan kekecohan,” katanya.– Bernama

Continue Reading

Previous: Amaran hujan lebat, ribut di hampir seluruh Semenanjung, Sarawak – MetMalaysia
Next: Proton perkenal Kempen Servis Ihsan MADANI, tawar diskaun hingga 30 peratus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.