Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Beberapa gunung berapi tunjuk peningkatan aktiviti di Indonesia
  • GLOBAL

Beberapa gunung berapi tunjuk peningkatan aktiviti di Indonesia

Utusan Sarawak 4 hours ago
AKTIVITI gunung berapi di Indonesia meningkat apabila Semeru, Merapi dan Lewotobi Laki-laki dilaporkan meletus dalam beberapa hari kebelakangan ini.

JAKARTA: Beberapa gunung berapi di Indonesia menunjukkan peningkatan aktiviti sejak beberapa hari kebelakangan ini dengan letusan dilaporkan dan pihak berkuasa menggesa penduduk agar terus berwaspada, menurut laporan Xinhua.

Gunung Lewotobi Laki-laki di Flores Timur, wilayah Nusa Tenggara Timur, meletus selama hampir dua minit pada pagi Rabu dengan abu gunung berapi naik kira-kira 800 meter di atas puncak, menurut pegawai pemantauan tempatan.

Terdahulu pada hari yang sama, Gunung Semeru di Jawa Timur meletus sekali lagi, menandakan letusan ke-32 dalam tempoh seminggu, dengan abu menjulang kira-kira 400 meter di atas puncak.

Sementara itu, Gunung Merapi di Jawa Tengah juga kekal aktif pada Rabu, dengan aliran lava pijar dilaporkan mengalir sehingga 1.8 kilometer ke arah Sungai Sat.

Agus Budi Santoso, Ketua Pejabat Pemantauan Merapi di Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi berkata aliran magma masih berterusan dan keadaan itu berpotensi mencetuskan aliran piroklastik.

Indonesia terletak di kawasan Lingkaran Api Pasifik, yang mempunyai lebih 120 gunung berapi aktif. – Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Enam maut, beberapa lagi cedera dalam kebakaran bas di Switzerland
Next: Lelaki bersenjata cuba bunuh bekas ketua Menteri Kashmir Farooq Abdullah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.