Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Beberapa bot terkandas selepas lubang benam terbentuk di terusan England
  • GLOBAL

Beberapa bot terkandas selepas lubang benam terbentuk di terusan England

Utusan Sarawak 3 hours ago
FOTO udara edaran ini yang diambil dan dikeluarkan oleh Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Shropshire pada 22 Disember 2025 menunjukkan bot-bot di dasar terusan selepas satu lubang benam terbentuk di sepanjang Terusan Shropshire Union, menyebabkan air terusan mengalir keluar, di kawasan Chemistry, Whitchurch, Shropshire, England tengah. Foto AFP

LONDON: Seramai 10 orang berjaya diselamatkan selepas lubang benam sepanjang kira-kira 50 meter terbentuk di sebuah terusan berhampiran sempadan England–Wales, menyebabkan beberapa bot terkandas, lapor PA Media/dpa.

Perkhidmatan kecemasan memaklumkan insiden itu selepas menerima laporan pada 4.22 pagi Isnin mengenai kejadian lubang benam yang mengakibatkan sejumlah besar air terusan melimpah ke kawasan daratan di kawasan Chemistry, Whitchurch.

Pasukan kecemasan segera dikerah ke Terusan Shropshire Union dan operasi tindak balas melibatkan pelbagai agensi dilaksanakan bagi menangani situasi berkenaan.

FOTO udara edaran ini yang diambil dan dikeluarkan oleh Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Shropshire pada 22 Disember 2025 menunjukkan bot-bot di dasar terusan selepas satu lubang benam terbentuk di sepanjang Terusan Shropshire Union, menyebabkan air terusan mengalir keluar, di kawasan Chemistry, Whitchurch, Shropshire, England tengah. Foto AFP

Polis West Mercia dalam satu kenyataan memaklumkan setakat ini tiada kecederaan dilaporkan, manakala penduduk terjejas sedang dibantu oleh pasukan bomba.

Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Shropshire memaklumkan kejadian itu melibatkan tebing terusan yang runtuh, lalu menyebabkan aliran air dalam jumlah besar melimpah ke kawasan sekitarnya.

Menurut perkhidmatan bomba, tiga bot terperangkap dalam lubang benam yang  dianggarkan berukuran kira-kira 50 meter kali 50 meter.

Pasukan bomba dari Whitchurch, Prees, Shrewsbury, Newport, Albrighton dan Telford dikerah ke lokasi kejadian untuk membantu operasi kecemasan.

Anggota bomba bekerja dalam keadaan mencabar berikutan struktur tanah yang tidak stabil serta aliran air yang deras. 

Zon keselamatan diwujudkan di hulu dan hilir terusan, sementara usaha mengurangkan aliran air dilaksanakan menggunakan papan penghadang dan sistem pintu air.

FOTO udara edaran ini yang diambil dan dikeluarkan oleh Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Shropshire pada 22 Disember 2025 menunjukkan bot-bot di dasar terusan selepas satu lubang benam terbentuk di sepanjang Terusan Shropshire Union, menyebabkan air terusan mengalir keluar, di kawasan Chemistry, Whitchurch, Shropshire, England tengah. Foto AFP

Operasi turut melibatkan kerjasama Polis West Mercia, Perkhidmatan Ambulans West Midlands, Canal & River Trust, Agensi Alam Sekitar, pihak berkuasa tempatan serta pasukan National Resilience.

Pengurus kawasan perkhidmatan bomba, Scott Hurford berkata tiada individu dipercayai berada di dalam bot yang terjejas dan tiada kecederaan dilaporkan.

Beliau berkata kira-kira 12 penduduk dari bot yang berlabuh berhampiran telah diberikan bantuan dan dipindahkan ke pusat kebajikan di bekas Balai Polis Whitchurch.

“Insiden  diisytiharkan pada 5.17 pagi. Bagaimanapun, setakat jam 8.30 pagi, keadaan dilaporkan stabil dengan aliran air berjaya dikurangkan dan tiada lagi operasi mencari dan menyelamat dijalankan,” katanya. – Bernama-PA Media/dpa

Continue Reading

Previous: Pengasas bersama Call of Duty Vince Zampella maut dalam kemalangan jalan raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.