Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Bebaskan banduan bantu perangi Rusia
  • GLOBAL

Bebaskan banduan bantu perangi Rusia

Utusan Sarawak 3 years ago

UKRAINE membenarkan banduan dengan pengalaman bertempur dibebaskan dari penjara untuk menentang kemaraan Rusia.• Foto AFP

KIEV: Presiden Volodymyr Zelensky memaklumkan mana-mana banduan Ukraine yang mempunyai pengalaman bertempur mempunyai peluang untuk dibebaskan dari penjara.  

Malah, kata pemimpin itu, mereka akan dibenarkan berkhidmat kepada masyarakat dan negara dengan bertempur di barisan hadapan menentang tentera Rusia. 

Lapor AFP, Zelensky dalam video ucapan berkata, golongan banduan kini dapat ‘menebus kesalahan mereka di medan perang’.

 “Di bawah undang-undang tentera, banduan Ukraine yang mempunyai pengalaman bertempur  akan dibebaskan dari penjara dan berpeluang menebus kesalahan mereka di kawasan konflik.

“Kami sedar keputusan itu tidak mudah dari segi aspek moral. Namun, jika dilihat sudut pertahanan pula, ia amat berguna. 

“Pertahanan negara kini menjadi keutamaan yang paling penting bagi kami,” katanya. 

Sementara itu, Zelensky menggesa Kesatuan Eropah (EU) menjadikan Ukraine sebagai negara anggota blok itu dengan segera, dalam menghadapi serangan Rusia.

“Kami memohon EU memberikan keahlian segera kepada Ukraine menerusi prosedur khas baharu.

“Matlamat kami adalah untuk bersama dengan Eropah dan yang paling penting berada pada kedudukan sama. Sudah pastinya ia menjadi lebih adil,” katanya.

Pemimpin berusia 44 tahun itu mengeluarkan rakaman video itu ketika pegawai Ukraine dan Rusia mengadakan rundingan bersemuka pertama sejak Presiden Rusia, Vladimir Putin mengarahkan tenteranya menyerang negara itu pada Khamis lalu.

Selain itu, Zelensky berkata, seramai 16 kanak-kanak maut dan 45 lagi cedera dalam tempoh empat hari pertama sejak serangan Moscow.-AFP

Continue Reading

Previous: Perbicaraan genosid ditetapkan 7,8 Mac 2022
Next: Mansuh pelitup muka untuk penerbangan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.