Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • BDR bukan alasan turun tahap produktiviti
  • NASIONAL

BDR bukan alasan turun tahap produktiviti

Utusan Sarawak 6 hours ago
MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (tengah), melakukan gimik pelancaran pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi bulan April 2026 di Auditorium Setia Perkasa, Kompleks Setia Perkasa, hari ini. Turut kelihatan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah (dua kiri), Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Dr Awang Alik Jeman (kanan) dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay (kiri). Foto Bernama

PUTRAJAYA: Pelaksanaan arahan bekerja dari rumah (BDR) yang akan dilaksana Rabu ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menurunkan tahap produktiviti, sebaliknya penjawat awam perlu kekal bertanggungjawab memastikan sasaran kerja dan petunjuk prestasi utama (KPI) tercapai.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Dr Awang Alik Jeman berkata BDR turut menuntut penjawat awam khususnya kakitangan kementerian memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat tidak terjejas walaupun dilaksanakan secara fleksibel.

“KDN sendiri akan melaksanakan BDR bermula 15 April seperti mana yang disarankan pihak kerajaan. Bagaimanapun sekiranya perkhidmatan yang ada di bawah kita itu adalah perkhidmatan yang essential (penting), kena lihat semula kemungkinan ia kecualikan daripada BDR.

“Saya juga ingatkan janganlah pula upload (muat naik) gambar ataupun posting (hantaran) di media sosial yang boleh disifatkan sebagai kita ponteng kerja. Jangan buat perkara yang memudaratkan diri sendiri. Tindakan tetap kita akan ambil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan KDN, di sini, hari ini, yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. 

Susulan krisis tenaga global dan sebagai sebahagian daripada usaha penjimatan kos, kerajaan bersetuju melaksanakan dasar BDR melibatkan kementerian, agensi, badan berkanun serta GLC bermula 15 April ini.

Pelaksanaan BDR selama tiga hari seminggu bagi penjawat awam itu bertujuan memastikan penggunaan bahan api lebih cekap, di samping mengurangkan kos operasi kerajaan sebagai langkah proaktif menangani krisis tenaga global.

Bagaimanapun dasar ini hanya terpakai kepada penjawat awam di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor dan semua ibu negeri yang tinggal dalam jarak lebih lapan kilometer dari pejabat.

Dasar itu juga tidak termasuk kakitangan awam dalam sektor keselamatan dan pertahanan serta kesihatan dan pendidikan.

-Bernama  

Continue Reading

Previous: Sikap rakyat jadi penentu negara harungi krisis tenaga global
Next: Kementerian Pendidikan Tinggi pantau harga makanan di IPTA, gesa IPTS kawal harga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.