Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • BDR boleh bantu jimat guna tenaga minyak, bukan untuk pekerja pergi bercuti atau ambil kesempatan
  • SEMASA

BDR boleh bantu jimat guna tenaga minyak, bukan untuk pekerja pergi bercuti atau ambil kesempatan

Utusan Sarawak 8 hours ago
 DATO Sri Karim Rahman Hamzah bercakap ketika ditemui pemberita pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kota Samarahan di Dewan Suarah Kota Samarahan.

KUCHING: Budaya Bekerja Dari Rumah (BDR) boleh membantu menjimatkan penggunaan tenaga dan minyak, tetapi bukan alasan pekerja pergi bercuti atau mengambil kesempatan, terutama dalam kesempitan krisis global susulan kenaikan harga minyak akibat konflik di Asia Barat.

Menurut Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Karim Rahman Hamzah menegaskan bahawa meskipun pekerja tidak hadir di pejabat, mereka tetap perlu mendisiplinkan diri dan menjalankan tugas seperti biasa. 

“Terpulang kepada industri-industri dan juga individu untuk mendisiplinkan diri. Apabila dikatakan tidak perlu turun ke pejabat, bukan berartinya kita terus anggap itu sebagai cuti umum. 

 DATO Sri Karim Rahman Hamzah bercakap ketika ditemui pemberita pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kota Samarahan di Dewan Suarah Kota Samarahan.

“Kalau kita dua hari tiga hari tidak perlu pergi ke pejabat, kita mesti masih lagi bekerja kerana banyak pekerjaan pada masa ini, banyaknya melibatkan atas talian, menggunakan telefon bimbit dan internet,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Kota Samarahan di Dewan Suarah Kota Samarahan, hari ini.

Beliau seterusnya menyatakan bahawa budaya BDR bukan sahaja memastikan produktiviti, malah membolehkan penjimatan tenaga dan penggunaan minyak, terutamanya dalam konteks kenaikan harga global.

Beliau menekankan bahawa bagi pekerjaan yang memerlukan kehadiran fizikal, kehadiran tetap diperlukan, tetapi bagi kerja pejabat yang boleh dijalankan dari rumah, langkah ini dapat mengurangkan penggunaan bahan api.

Dalam konteks itu, beliau turut menyentuh isu harga diesel di Sarawak yang masih boleh dikira memadai jika dibandingkan dengan negara jiran, justeru subsidi diesel bagi Sabah dan Sarawak perlu dikekalkan.

“Ini penting supaya rakyat tidak terlalu terjejas, terutamanya masyarakat di rumah panjang yang menggunakan diesel untuk kegunaan harian.

“Walaupun ramai di Semenanjung tidak berpuas hati dengan kenaikan harga diesel, penggunaan kenderaan pacuan empat roda yang menggunakan diesel lebih meluas di Sarawak dan Sabah, dan industri yang menggunakan diesel juga menerima subsidi lain.

“Sebagai contoh, pengendali bas awam turut menerima subsidi diesel serta bantuan lain bagi memastikan kehidupan harian rakyat tidak terjejas, justeru budaya kerja dari rumah turut membantu menjimatkan penggunaan minyak dan tenaga,” ujarnya.

Untuk rekod, budaya BDR mula diterapkan secara meluas semasa pandemik COVID-19 dan kini diteruskan sebagai strategi menangani tekanan harga minyak global.

Ia memberi peluang kepada pekerja pejabat bekerja dari rumah tanpa menjejaskan produktiviti serta mengurangkan penggunaan bahan api, sementara kerajaan terus memastikan subsidi diesel bagi Sarawak dan Sabah dikekalkan.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Amaran ribut petir di lima negeri hingga 6.00 petang
Next: Krisis tenaga global: Malaysia tentukan dasar sendiri, jalin hubungan baik – PM Anwar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.