Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BDA sita kenderaan terbiar di beberapa kawasan awam
  • Utara
  • WILAYAH

BDA sita kenderaan terbiar di beberapa kawasan awam

Utusan Sarawak 6 hours ago
ANGGOTA penguat kuasa BDA menjalankan operasi sitaan kenderaan terbiar di beberapa kawasan awam sekitar Bintulu. Foto BDA

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) melaksanakan operasi sitaan terhadap beberapa kenderaan terbiar di kawasan awam sekitar bandar ini sebagai langkah memastikan persekitaran sentiasa bersih, selamat dan teratur.

Operasi tersebut dijalankan selepas notis amaran dikeluarkan kepada pemilik kenderaan terlibat, namun tiada tindakan diambil dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Menurut kenyataan BDA, tindakan meninggalkan kenderaan secara terbiar di tempat awam merupakan satu kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil 27(1), Undang-Undang Kecil Pihak Berkuasa Tempatan (Kebersihan) 1999.

“Pemilik kenderaan yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM3,000,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya tidak meninggalkan kenderaan dalam keadaan terbiar di kawasan awam kerana ia boleh menimbulkan kacau ganggu, risiko keselamatan serta mencacatkan pemandangan persekitaran.

BDA turut menegaskan bahawa pemantauan dan operasi seumpama itu akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa bagi memastikan kebersihan serta kesejahteraan kawasan pentadbiran sentiasa terpelihara.

Oleh Carolyne Utih

Continue Reading

Previous: Program Ziarah Ramadan teruskan tradisi sumbangan beras di RPR Kidurong
Next: Program Semarak Kasih Ramadan GiatMARA Sri Aman edar 500 pek bubur lambuk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.