Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BDA santuni komuniti menerusi Majlis Sungkei di Masjid Al-Taqwa
  • Utara
  • WILAYAH

BDA santuni komuniti menerusi Majlis Sungkei di Masjid Al-Taqwa

Utusan Sarawak 4 hours ago
ISKANDAR Turkee menyaksikan penyerahan sumbangan kepada Masjid Al-Taqwa Bintulu serta penerima bantuan sempena Majlis Sungkei anjuran BDA.

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) terus memperkukuh hubungan bersama komuniti setempat menerusi penganjuran Majlis Sungkei di Masjid Al-Taqwa Bintulu sempena Ramadan.

Dalam majlis berkenaan, BDA menyampaikan sumbangan empat unit pendingin hawa serta bantuan tunai RM5,000 kepada pihak masjid bagi meningkatkan keselesaan jemaah terutama sepanjang Ramadan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee berkata, Ramadan merupakan waktu terbaik untuk mempererat hubungan masyarakat melalui semangat kebersamaan dan saling membantu.

“Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi menjadi medan mengukuhkan nilai keikhlasan serta kebersamaan dalam masyarakat,” katanya.

Turut menerima sumbangan ialah Madrasah Al-Taqwa dan PPDK OKU Gemilang Jepak yang masing-masing menerima bantuan RM1,000 sebagai sokongan kepada usaha pendidikan agama serta kebajikan golongan anak istimewa.

Majlis Sungkei tersebut turut menjadi platform pemimpin setempat berinteraksi secara santai bersama masyarakat selain mendengar pandangan serta harapan penduduk.

Difahamkan, program berbentuk kemasyarakatan sepert ini akan diteruskan bagi menyemarakkan penghayatan Ramadan di samping memperkukuh kebajikan dan kesejahteraan komuniti di kawasan Bintulu.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Lori tangki disita, 396 kenderaan diperiksa dalam Ops Gempur Kenderaan Perdagangan di Sibu
Next: 5,000 botol minyak masak untuk pengundi wanita Bukit Assek sempena Hari Wanita Antarabangsa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.