Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BDA keluarkan 11 kompaun hasil pemeriksaan kebersihan di Boyak Fest, Rasa Ria Fest
  • WILAYAH

BDA keluarkan 11 kompaun hasil pemeriksaan kebersihan di Boyak Fest, Rasa Ria Fest

Utusan Sarawak 4 hours ago
PENGUATKUASA Kesihatan BDA menjalankan pemeriksaan kebersihan dan keselamatan makanan ke atas gerai-gerai makanan sempena penganjuran Boyak Fest dan Rasa Ria Fest di Bintulu.

BINTULU: Sebanyak 11 kompaun dikeluarkan oleh Penguatkuasa Kesihatan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) susulan pemeriksaan kebersihan dan keselamatan makanan di dua penganjuran festival makanan, iaitu Boyak Fest dan Rasa Ria Fest, baru-baru ini.

Menurut BDA, pemeriksaan tersebut dijalankan oleh Seksyen Kesihatan Awam dan Alam Sekitar bagi memastikan pematuhan pengusaha serta pengendali makanan terhadap Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan (PPHO) 1999.

Di Boyak Fest yang berlangsung di Emart, pemeriksaan melibatkan 27 gerai makanan, dengan lima kompaun dikeluarkan di bawah Seksyen 26, PPHO 1999.

Sementara itu, di Rasa Ria Fest, pemeriksaan dijalankan ke atas 23 gerai makanan dan sebanyak enam kompaun telah dikeluarkan di bawah peruntukan undang-undang yang sama.

PENGUATKUASA Kesihatan BDA menjalankan pemeriksaan kebersihan dan keselamatan makanan ke atas gerai-gerai makanan sempena penganjuran Boyak Fest dan Rasa Ria Fest di Bintulu.

Menurut BDA, kesemua kompaun tersebut dikeluarkan atas kesalahan gagal mengemukakan dokumen pemeriksaan kesihatan dan sijil kursus pengendali makanan yang sah, yang merupakan keperluan wajib bagi semua pengusaha dan pengendali makanan.

“Sepanjang pemeriksaan dijalankan, pengusaha dan pengendali makanan turut dinasihatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan premis, peralatan serta kebersihan diri, selain memastikan semua dokumen berkaitan sentiasa lengkap dan sah,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujar BDA, pihaknya akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi menjamin keselamatan makanan serta melindungi kesihatan pengguna, khususnya semasa penganjuran acara melibatkan kehadiran orang ramai.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: JPJ Sarawak pantau penerima lesen, tindakan diambil jika terlibat aktiviti tidak sihat
Next: Mesyuarat Agung PERKIM Miri nilai pencapaian tahunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.