Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BDA arah tutup premis makanan selepas dikesan lipas, najis tikus
  • WILAYAH

BDA arah tutup premis makanan selepas dikesan lipas, najis tikus

Utusan Sarawak 20 hours ago
KEADAAN lantai dan persekitaran dapur sebuah premis makanan di Bintulu yang didapati kotor serta tidak disanitasi dengan sempurna, hasil pemeriksaan Penguatkuasa Kesihatan BDA.

BINTULU: Sebuah premis makanan di sini diarahkan tutup selama 14 hari oleh Penguatkuasa Kesihatan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) selepas pemeriksaan mendapati tahap kebersihan premis berkenaan tidak memuaskan.

Menurut BDA, tindakan itu diambil susulan penemuan kehadiran lipas serta najis tikus di premis terbabit, yang boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan dan kesihatan orang awam.

KEADAAN lantai dan persekitaran dapur sebuah premis makanan di Bintulu yang didapati kotor serta tidak disanitasi dengan sempurna, hasil pemeriksaan Penguatkuasa Kesihatan BDA.

Katanya, arahan penutupan dibuat di bawah Seksyen 58, Ordinan Perlindungan Kesihatan Awam 1999 selepas didapati keadaan premis tidak bersih dan tidak disanitasi dengan sempurna.

“Premis berkenaan diarahkan ditutup selama 14 hari bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dan pembaikan dilaksanakan sebelum dibenarkan beroperasi semula,” katanyan.

NOTIS perintah tutup dikeluarkan oleh Penguatkuasa Kesihatan BDA terhadap sebuah premis makanan di Bintulu susulan pelanggaran tahap kebersihan.

BDA memaklumkan pemeriksaan berkala akan terus dijalankan secara berterusan terhadap semua premis makanan di sekitar Bintulu bagi memastikan pengusaha mematuhi peraturan serta garis panduan kesihatan awam yang ditetapkan.

Sehubungan itu, pengusaha makanan diingatkan supaya sentiasa menjaga tahap kebersihan premis, peralatan serta persekitaran bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan pengguna.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Keprihatinan kepimpinan terserlah menerusi Program Gunting Rambut dan Beg Sekolah di Daro
Next: Jambatan kayu baharu tingkat keselamatan penduduk Kampung Merapa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.