Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Permainan tradisional Melanau ‘itut’ catat rekod MBOR di BCF 2025
  • SEMASA

Permainan tradisional Melanau ‘itut’ catat rekod MBOR di BCF 2025

Utusan Sarawak 1 day ago
TAHNIAH….Wakil MBOR, Edwin Yeoh (tujuh kiri) menyerahkan Sijil Pengiktirafan MBOR, kepada Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting Ing Horth (lima kanan) pada majlis penutupan BCF 2025 di pentas utama Dataran Tun Tuanku Bujang Sibu, sebentar tadi. Foto: Akun Giman

SIBU: Permainan tradisional masyarakat Melanau dikenali sebagai ‘itut’ mencipta sejarah apabila berjaya menarik penyertaan seramai 2,288 pengunjung sempena Festival Kebudayaan Borneo (BCF) 2025 yang melabuhkan tirainya malam ini, sekali gus mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Sijil pengiktirafan tersebut telah disampaikan oleh wakil MBOR, Edwin Yeoh kepada Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Clarence Ting Ing Horth.

Majlis penutupan BCF 2025 disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, yang diwakili oleh Timbalannya, Datuk Michael Tiang Ming Tee.

Dr Sim menerusi teks ucapannya berkata, BCF 2025 berjaya memperlihatkan denyut nadi sebenar Borneo melalui pelbagai persembahan, aktiviti masyarakat dan platform budaya yang memberi ruang kepada ekspresi kreatif pelbagai kaum.

“Sepanjang sepuluh hari ini, kita telah menyaksikan muzik, rasa, hasil seni dan naratif yang bukan sahaja menonjolkan kreativiti dan tradisi, tetapi turut menyerlahkan rasa kepunyaan dan kekitaan yang mendalam,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua individu dan agensi yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memastikan kejayaan serta kelancaran pesta.

“Peranan pengunjung, penggiat seni, peniaga serta petugas penguat kuasa amat dihargai. Penglibatan anda semua menghidupkan semangat BCF agar terus kekal relevan setiap tahun,” jelasnya.

Katanya, pesta seperti BCF bukan sahaja menjadi platform hiburan, malah memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan jalinan sosial, mempromosikan pelancongan dan memperkasa kesejahteraan awam.

“Ini semua adalah elemen penting dalam membentuk komuniti yang kuat, berdaya tahan dan bangga dengan identiti masing-masing, sesuatu yang sentiasa diberi penekanan dalam agenda pembangunan negeri,” katanya lagi.

Dr Sim turut mengucapkan tahniah kepada Majlis Perbandaran Sibu dan semua rakan penganjur atas kejayaan menganjurkan edisi 2025 yang disifatkan sebagai antara yang paling berjaya setakat ini.

Beliau turut menggesa agar semangat perpaduan dan penghargaan terhadap budaya yang dibina sepanjang BCF ini dibawa pulang dan diteruskan dalam kehidupan seharian.

“Biarlah ‘The Rhythm of Borneo’ terus menjadi panduan dalam membentuk masyarakat yang inklusif dan kaya dengan budaya. Terima kasih dan semoga selamat pulang ke destinasi masing-masing,” kata beliau.

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: 200,000 pengunjung Brunei masuki Sarawak setiap bulan, dorong pertumbuhan ekonomi
Next: Sambut baik PKWPS bukukan sejarah keturunan Pengiran di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.