Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • BCF 2025 kembali Julai depan, tampilkan budaya tempatan sebagai fokus utama
  • TEMPATAN

BCF 2025 kembali Julai depan, tampilkan budaya tempatan sebagai fokus utama

Utusan Sarawak 2 days ago
UNTUK KENANGAN…. Kaunselor Mohammed Abdullah Izkandar Datuk Roseley bergambar bersama semua ahli jawatankuasa selepas sidang media, hari ini.

SIBU: Festival Budaya Borneo (BCF) 2025 akan berlangsung dari 3 hingga 12 Julai depan dengan fokus utama diberikan kepada budaya tempatan.

Festival tahun ini membawa tema ‘Irama Borneo’ yang menekankan keunikan warisan seni dan budaya masyarakat Borneo.

Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS), Kaunselor Mohammed Abdullah Izkandar Datuk Roseley, berkata bahawa berbeza dengan penganjuran tahun-tahun sebelumnya yang menampilkan beberapa gerbang bertemakan kaum di sekitar bandar, tahun ini pihak penganjur akan membina sebuah perkampungan budaya mini.

“Ia menawarkan pengalaman unik dan menyeluruh kepada pengunjung mengenai kepelbagaian budaya, seni bina, dan cara hidup masyarakat Sarawak, khususnya komuniti etnik di sekitar Sibu,” katanya pada sidang media yang diadakan di bilik mesyuarat MPS, hari ini.

Izkandar yang juga Pengerusi Penganjur BCF turut menambah bahawa tema ‘Irama Borneo’ melambangkan keharmonian kaya antara budaya, alam semula jadi dan gaya hidup unik masyarakat Borneo.

Menurutnya, festival itu akan menampilkan tiga elemen utama iaitu budaya dan muzik tradisional, irama alam dan identiti serta pelancongan.

“BCF 2025 akan menampilkan pelbagai persembahan budaya daripada komuniti Dayak, Melayu, Melanau, Cina, Lun Bawang dan lain-lain,” katanya.

Katanya, festival ini akan menampilkan persembahan khas daripada artis jemputan dari Jawa Barat, Indonesia, dan Delhi, India yang mengetengahkan warisan budaya mereka yang meriah dan berwarna-warni.

Beliau turut memaklumkan bahawa maskot rasmi BCF tahun lalu, Engkuli (Harimau Dahan) akan kembali tahun ini dengan penambahan versi betina.

“Penularan terbaru mengenai Engkuli menunjukkan kesedaran orang ramai terhadap spesies ini semakin meningkat. 

“Kami gembira dapat mempromosikan haiwan liar yang terancam ini untuk tahun kedua, terutamanya kerana spesies ini adalah endemik di Borneo,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: ‘Ausome Park’ simbol sokongan MBKS kepada komuniti autistik
Next: JPJ laksana Ops Hari Raya Aidiladha 2025 secara serentak di seluruh negara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.