Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • BCCK diperluas tampung kehadiran delegasi dalam, luar negeri
  • TEMPATAN

BCCK diperluas tampung kehadiran delegasi dalam, luar negeri

Utusan Sarawak 2 months ago
SIMBOLIK PERASMIAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama tetamu kehormat yang lain menunjukkan lemang tanda simbolik perasmian pada pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Televisyen Sarawak (TVS) 2025, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: Penganjuran persidangan bertaraf antarabangsa kini menjadi antara tumpuan utama Sarawak dalam usaha memperluaskan sumber ekonomi baharu negeri ini, seiring dengan pembangunan industri hidrogen dan tenaga hijau.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) akan diperluas bagi menampung kehadiran lebih ramai delegasi dari dalam dan luar negara.

UCAPAN… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Televisyen Sarawak (TVS) 2025, hari ini. Foto UKAS

Menurut beliau, kerajaan Sarawak telah meluluskan peruntukan lebih RM300 juta bagi projek peluasan tersebut yang dijangka bermula tahun ini dan siap sepenuhnya sebelum 2028.

“Saya perhatikan banyak mesyuarat dan persidangan diadakan di BCCK. Maka kita akan tambah sebuah bangunan baharu di sebelahnya, dengan kerja pembinaan bermula tahun ini.

“Bangunan tambahan itu mampu menampung sehingga 10,000 orang. Jika digabungkan dengan kapasiti semasa BCCK yang boleh memuatkan 5,000 orang, kita akan dapat menampung seramai 15,000 pengunjung pada satu-satu masa,” katanya semasa berucap pada majlis Ramah Tamah Aidilfitri anjuran Televisyen Sarawak (TVS) 2025, hari ini.

Tambahnya lagi, pembangunan ini penting bagi merealisasikan hasrat Sarawak untuk muncul sebagai hab persidangan bertaraf antarabangsa.

“Inilah langkah yang perlu diambil agar bandar raya Kuching dapat dibangunkan sebagai pusat persidangan lengkap dengan infrastruktur sokongan termasuk kemudahan penyiaran,” jelasnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa bangunan baharu itu nanti akan menambah kapasiti sedia ada dan menyediakan ruang tambahan, termasuk kawasan pameran bagi acara berskala besar, sekali gus meningkatkan daya saing BCCK berbanding pusat konvensyen lain di rantau ini.

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian; Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah; Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Dato Sri Julaihi Narawi; Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah; Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin; Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki; Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol; Timbalan Menteri Utiliti (Sarawak Energy Berhad dan PETROS), Dato Ibrahim Baki; Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan), Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel serta Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif TVS, Mohamad Sardon Zainal. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Abang Johari ziarah raya ke kediaman keluarga Allahyarham Adenan Satem
Next: Chong defends Violet Yong’s posted on PJS medical case

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.