Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • BCCK 2 dahului jadual, dijangka siap awal 2028
  • TEMPATAN

BCCK 2 dahului jadual, dijangka siap awal 2028

Utusan Sarawak 4 hours ago
TIMBALAN Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Aidel Lariwoo, mengadakan lawatan kerja ke tapak projek pembinaan Pusat Konvensyen Borneo Kuching 2 (BCCK 2) hari ini. Foto: Norman B

KUCHING: Projek pembinaan Pusat Konvensyen Borneo Kuching 2 (BCCK 2) kini mencapai kemajuan fizikal sebanyak 13 peratus, sekali gus mendahului jadual asal kira-kira satu setengah bulan.

Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan, Datuk Aidel Lariwoo berkata, perkembangan itu membuktikan pelaksanaan projek berjalan lancar dengan kemajuan hampir lima peratus lebih awal berbanding sasaran yang ditetapkan.

Menurutnya, projek yang pada asalnya dijadualkan siap pada penghujung Mac 2028 kini dijangka dapat disiapkan lebih awal, iaitu sekitar Januari atau Februari 2028 susulan komitmen kontraktor mempercepatkan pelaksanaan kerja.

Beliau berkata, dewan utama BCCK 2 mempunyai keluasan kira-kira 5,900 meter persegi atau 1.47 ekar, sekali gus lebih besar daripada sebuah padang bola sepak.

Katanya, struktur rangka dewan utama telah siap dibina dan kerja pemasangan bumbung dijadual bermula pada penghujung bulan ini, manakala pembinaan struktur bangunan parkir bertingkat di bahagian sayap bangunan telah siap sehingga tingkat dua.

Beliau berkata, setakat ini tiada sebarang perubahan terhadap reka bentuk asal projek dan semua kerja pembinaan berjalan mengikut perancangan.

Menurutnya, projek bernilai RM550 juta itu dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak, termasuk kos tanah serta keseluruhan kemudahan yang dirancang.

Apabila siap kelak, BCCK 2 mampu menampung sehingga 9,500 pengunjung pada satu-satu masa, sekali gus meningkatkan kapasiti Sarawak untuk menganjurkan persidangan, pameran, konvensyen dan acara berskala besar di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

Beliau berkata, BCCK 2 juga bakal menjadi mercu tanda baharu Sarawak dengan lokasinya yang strategik bersebelahan projek Jambatan Sejingkat.

Tambah beliau, pembangunan itu turut menjadi sebahagian daripada rangkaian Laluan Pesisir Kedua (Second Trunk Road) yang akan menghubungkan Kuching dengan Samarahan serta kawasan lain di Sarawak.

Dalam pada itu, beliau berkata bekalan bahan binaan dan jentera berada pada tahap mencukupi, selain projek tidak terjejas oleh isu harga diesel berikutan harga pasaran bahan api tersebut kini semakin stabil dan menunjukkan trend penurunan.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Hari Wanita Sarawak 2026 bakal himpun 800 peserta, rai sumbangan wanita era digital
Next: AZAM, SACOFA teroka peluang kerjasama strategik perkasa agenda digital Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.