Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Sarikei pantau trend air di Jalan Cempedak
  • Tengah
  • WILAYAH

BBP Sarikei pantau trend air di Jalan Cempedak

Utusan Sarawak 4 hours ago

PEMANTAUAN PARAS AIR….Anggota bomba menjalankan pemantauan paras air di Jalan Cempedak, malam tadi. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Paras air di Jalan Cempedak kekal terkawal meskipun trend air pasang direkodkan ketika anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei menjalankan pemantauan Monsun Timur Laut (MTL), malam tadi.

Ketua BBP Sarikei, Arrahman Chik, berkata rondaan pemantauan tersebut melibatkan dua anggota bomba yang ditugaskan memeriksa kawasan rendah berisiko banjir.

“Keadaan cuaca sewaktu rondaan pemantauan adalah hujan rintis.

“Sepanjang pemantauan, anggota bomba mendapati keadaan adalah baik, paras air pasang dan terkawal,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, keadaan cuaca dan paras air tidak menunjukkan sebarang perubahan mendadak yang boleh mencetuskan risiko banjir.

“Sepanjang rondaan dijalankan, tiada panggilan kecemasan diterima oleh pihak kami,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PDRM, PPD Lubok Antu perkukuh kolaborasi tangani isu disiplin pelajar di sekolah
Next: Majlis Penyalaan Pokok Harapan tonjol keprihatinan terhadap kanak-kanak tanpa dokumen

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.