
SARIKEI: Dua anggota bomba bertugas telah menjalankan rondaan pemantauan paras air di kawasan rendah berisiko banjir pada awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata pemantauan dijalankan pada 1.29 pagi tadi.
“Rondaan pemantauan sempena monsun timur laut (MTL) dijalankan di kawasan Jalan Jubli Mutiara.
“Semasa pemantauan, trend air pasang sedang berlaku,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, paras air di kawasan tersebut dalam keadaan terkawal.
“Sepanjang rondaan pemantauan, cuaca di lokasi adalah baik.
“Tiada sebarang panggilan kecemasan diterima sepanjang rondaan pemantauan MTL dijalankan, katanya.
Oleh Earl Anek