Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Sarikei laksana rondaan MTL di Sungai Nyelong
  • Tengah
  • WILAYAH

BBP Sarikei laksana rondaan MTL di Sungai Nyelong

Utusan Sarawak 5 hours ago
PARAS AIR… Pemantauan paras air di feri lama, Sungai Nyelong oleh anggota bomba pada tengah malam tadi. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Keadaan paras air di kawasan feri lama di Sungai Nyelong kekal terkawal walaupun hujan ketika rondaan pemantauan monsun timur laut (MTL) dijalankan oleh pihak bomba pada tengah malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata rondaan pemantauan dijalankan sekitar 12.00 tengah malam.

“Seramai dua anggota bomba bertugas menjalankan rondaan pemantauan paras air.

“Semasa rondaan, air sungai sedang surut dan cuaca hujan rintis,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, rondaan pemantauan secara berkala dijalankan oleh pihaknya bagi memastikan keadaan paras air di kawasan rendah berisiko banjir.

“Pemantauan di kawasan berisiko banjir akan terus dilaksanakan oleh pihak kami sepanjang musim MTL.

“Tiada sebarang panggilan kecemasan diterima sepanjang rondaan pemantauan dijalankan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Gunting rambut percuma untuk 100 pelajar
Next: Masalah longkang Lorong Tebu 1 disebabkan mendapan tanah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.