Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Sarikei laksana rondaan hotspot kawasan risiko banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

BBP Sarikei laksana rondaan hotspot kawasan risiko banjir

Utusan Sarawak 3 weeks ago

RONDAAN PEMANTAUAN… Pihak bomba menjalankan rondaan pemantauan di kawasan rendah berisiko banjir, malam tadi. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Bagi memastikan tahap kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei telah melaksanakan rondaan hotspot di beberapa kawasan rendah berisiko banjir.

Ketua BBP Sarikei, Arrahman Chik berkata, rondaan tersebut dijalankan bermula 10.30 malam tadi.

“Sebanyak tiga kawasan rendah berisiko banjir dipantau oleh pihak kami.

“Tiga kawasan ini adalah Jalan Masjid Lama, Jalan Rentap dan Jalan Repok,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, dua orang anggota bomba bertugas menjalankan rondaan pemantauan tersebut.

“Setakat rondaan pemantauan malam tadi, cuaca berada dalam keadaan baik dan tiada sebarang kenaikan paras air yang membimbangkan dilaporkan.

“Tiada panggilan kecemasan diterima sepanjang operasi pemantauan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sambutan Aidilfitri KASM 2025 meriah, tampilkan bakat muda Meradong
Next: ADUN Repok sumbang katil pesakit boleh laras kepada dua warga emas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.