Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Sarikei laksana pemantauan monsun timur laut di Terminal Ekspress I
  • Tengah
  • WILAYAH

BBP Sarikei laksana pemantauan monsun timur laut di Terminal Ekspress I

Utusan Sarawak 5 hours ago
PEMANTAUAN MTL….Anggota bomba bertugas menjalankan pemantauan paras air di kawasan Terminal Ekspress I. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Paras air di kawasan berisiko banjir di bawah jagaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei didapati berada dalam keadaan terkawal semasa pemantauan monsun timur laut (MTL) yang dijalankan petang semalam.

Ketua BBP Sarikei, Arrahman Chik, berkata pemantauan tersebut dilaksanakan pada 5.30 petang.

“Seramai dua anggota bomba bertugas menjalankan pemantauan di kawasan Terminal Ekspress I.

“Ketika pemantauan, didapati air sungai sedang pasang,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, cuaca baik dan cerah semasa rondaan pemantauan tersebut dijalankan.

“Pemantauan secara berkala akan terus dijalankan di setiap kawasan rendah berisiko banjir sepanjang MTL.

“Ia adalah bagi memastikan sebarang perubahan keadaan di setiap kawasan tersebut dapat dikesan lebih awal dan tindakan segera dapat diambil sekiranya perlu,” katanya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Sim Kiat Leng gesa pembaikan segera jalan berlubang di laluan Arena–Viva City
Next: Lampu isyarat pintar simpang Jalan Wawasan beroperasi Rabu ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.