BBP Sarikei kekal siap siaga dalam tempoh MTL

Facebook
WhatsApp
PANTAU… Anggota bomba memantau keadaan paras air, tengah malam tadi. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Dua anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei telah menjalankan rondaan pemantauan monsun timur Laut (MTL) pada tengah malam tadi.

Ketua BBP Sarikei, Arrahman Chik, berkata rondaan dijalankan pada 12.25 tengah malam di Terminal Ekspres II, Jalan Abdul Rahman melibatkan pemantauan paras air.

“Setibanya anggota bomba di lokasi rondaan, air didapati sedang pasang namun dalam keadaan terkawal.

“Pemantauan dijalankan bagi menilai situasi paras air serta memastikan tiada risiko segera terhadap penduduk berdekatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, semasa pemantauan, cuaca sedang hujan renyai.

“Sepanjang rondaan pemantauan, tiada sebarang panggilan kecemasan diterima dan keadaan di lokasi kekal selamat.

“Pihak kami akan meneruskan rondaan berkala bagi memastikan tahap kesiapsiagaan berada pada tahap optimum,” katanya.

Oleh Earl Anek

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara