Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Sarikei jalankan khidmat khas tangkap ular sawa
  • Tengah
  • WILAYAH


BBP Sarikei jalankan khidmat khas tangkap ular sawa

Utusan Sarawak 8 hours ago
DITANGKAP….Anggota bomba berjaya menangkap ular sawa. Foto BBP Sarikei

SARIKEI: Tindakan pantas anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei berjaya menangkap seekor ular sawa yang ditemui di bahagian cermin sisi sebuah kereta, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei, Arrahman Chik, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.15 petang.

“Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Alffian Sahmat bersama dua anggota bomba bergegas ke lokasi di Lorong 3, Jalan Puyuh selepas menerima pangggilan kecemasan.

ULAR SAWA….Ular sawa ditemui di bahagian cermin sisi kereta pengadu. Foto BBP Sarikei

“Setibanya di lokasi, pengadu memaklumkan terdapat seekor ular sawa berada di bahagian cermin sisi keretanya,” katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, ular ditangkap menggunakan alat penjerut ular.

“Ular berjaya ditangkap dalam tempoh lebih kurang lima minit.

“Khidmat khas selesai sepenuhnya pada 3.25 petang,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sembilan tahun menyemai cinta, Aziq Azizi dan Nurul Farhana disatukan dalam resepsi meriah di Sibu
Next: Projek RTP DUN Meradong: Jambatan I-Beam di Kampung Selemas siap dibina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.