Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Sarikei jalankan khidmat khas potong kunci kiosk
  • Tengah
  • WILAYAH

BBP Sarikei jalankan khidmat khas potong kunci kiosk

Utusan Sarawak 1 day ago
DIPOTONG…. Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk memotong mangga kioks, malam tadi. Foto BBP Sarikei 
 

SARIKEI: Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei telah menjalankan khidmat khas memotong kunci sebuah kiosk di Jalan Repok, malam tadi.

Menurut Ketua BBP Sarikei, Arrahman Chik, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.25 malam.

“Susulan panggilan tersebut, sepasukan anggota bomba yang diketuai oleh Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Kilok Lampas, segera dikerahkan ke lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Setibanya di lokasi, pengadu memaklumkan bahawa kunci kiosknya telah tertinggal di dalam premis.

“Anggota menggunakan peralatan khas untuk memotong mangga kiosk, dan kerja-kerja tersebut berjaya diselesaikan dalam tempoh kira-kira 19 minit,” tambahnya.

Khidmat khas itu, katanya, selesai sepenuhnya pada 9.48 malam tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Dua kawasan berisiko banjir, pembakaran terbuka dipantau
Next: DUN: Kerajaan Sarawak rancang naik taraf tiga jalan utama di Ngemah bernilai RM105 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.