BBP Pusa tunggu kelulusan tanah, pembinaan balai di Sebuyau terus diperjuangkan

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
PERJUANGAN… Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli, akan terus memperjuangkan pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sebuyau bagi memperkukuh liputan perkhidmatan kebombaan di kawasan berkenaan. Foto Parlimen Malaysia

KUALA LUMPUR: Projek pembinaan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pusa kini menunggu kelulusan pemberimilikan tanah, manakala cadangan pembinaan BBP Sebuyau terus diperjuangkan bagi memperkukuh liputan perkhidmatan kebombaan di kawasan Parlimen Batang Lupar.

Ahli Parlimen Batang Lupar, Mohamad Shafizan Kepli, berkata beliau menghargai maklum balas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terhadap soalan lisan yang dikemukakannya di Dewan Rakyat berhubung status semasa kedua-dua projek berkenaan.

Menurut jawapan kementerian itu, projek pembinaan BBP Pusa diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), Rolling Plan 1 (RP1) Tahun 2026, bagi pelaksanaan kerja-kerja awalan tapak dengan peruntukan RM3 juta.

Kementerian itu turut memaklumkan bahawa Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengemukakan permohonan pemberimilikan tanah kepada Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) Negeri Sarawak melalui sistem MyLand pada 28 Februari 2026 dan kini sedang menunggu maklum balas lanjut.

Sehubungan itu, Mohamad Shafizan berharap urusan pemberimilikan tanah berkenaan dapat diselesaikan segera supaya kerja-kerja awalan serta pembinaan BBP Pusa dapat dimulakan tanpa kelewatan.

Beliau berkata kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Sarawak amat penting bagi memastikan usaha memperkukuh perkhidmatan kebombaan di kawasan Parlimen Batang Lupar dapat direalisasikan.

Mengenai cadangan pembinaan BBP Sebuyau, kementerian memaklumkan analisis liputan risiko kebakaran (fire cover analysis) mendapati kawasan berkenaan hanya mencatatkan skor risiko 11 markah, sekali gus dikategorikan sebagai kawasan berisiko rendah dan belum memerlukan pembinaan balai bomba baharu secara mendesak.

Bagaimanapun, Mohamad Shafizan berpandangan bahawa cadangan pembinaan BBP Sebuyau wajar terus dipertimbangkan memandangkan balai bomba terdekat, iaitu BBP Simunjan, terletak kira-kira 59 kilometer dari Sebuyau dengan anggaran masa perjalanan sekitar 60 minit.

Beliau berkata kewujudan balai bomba di Sebuyau bukan sahaja berupaya mempercepatkan tindak balas terhadap kecemasan, malah dapat meningkatkan tahap keselamatan penduduk di kawasan berkenaan pada masa hadapan.


Oleh Adi Safarman

Tuchel kekal jurulatih England untuk Euro 2028

ATLANTA, Georgia: Thomas Tuchel yang kini berdepan kritikan masih mendapat sokongan Persatuan Bola Sepak (FA) selepas kekalahan mengecewakan England pada separuh akhir Piala