Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Lutong laksana ujian logistik hadapi Monsun Timur Laut
  • Utara
  • WILAYAH

BBP Lutong laksana ujian logistik hadapi Monsun Timur Laut

Utusan Sarawak 5 hours ago

UJI…Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong melaksanakan Pengujian dan Pemeriksaan Logistik Operasi Banjir sempena kesiapsiagaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 hari ini.

MIRI: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong hari ini melaksanakan ujian serta pemeriksaan logistik operasi banjir sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026.

Ketua BBP Lutong, Henry Jugah berkata, latihan berkenaan diketuai beliau sendiri bersama lapan pegawai daripada Pasukan Bravo dijalankan di Sungai Lutong di sini bermula 9.00 pagi.

Menurutnya, pemeriksaan ini bertujuan memastikan semua aset dan peralatan logistik berada dalam keadaan baik serta siap sedia digunakan sekiranya berlaku bencana banjir di kawasan operasi.

“Semua peralatan MTL di BBP Lutong, termasuk sebuah bot dan sebuah kenderaan pacuan empat roda, didapati dalam keadaan baik dan boleh digerakkan bila-bila masa diperlukan,” katanya di sini.

Program berkenaan merupakan sebahagian daripada langkah kesiapsiagaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menghadapi kemungkinan berlakunya banjir sepanjang tempoh Monsun Timur Laut tahun ini.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: PVTLDM Cawangan Negeri Sarawak akan hadiri upacara memperingati Hari Pahlawan
Next: BBP Bintangor terus siap siaga hadapi MTL

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.