Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Lutong cerminan perpaduan rakyat Sarawak
  • Utara
  • WILAYAH

BBP Lutong cerminan perpaduan rakyat Sarawak

Utusan Sarawak 8 hours ago
UCAPAN… Penghulu Ngadan Melintang yang mewakili Dato Sri Lee Kim Shin berucap pada Majlis Riang Ria Bersama BBP Lutong, di Miri, semalam. 

MIRI: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong disifatkan sebagai cerminan perpaduan rakyat Sarawak apabila berjaya menghimpunkan masyarakat berbilang kaum dan agama dalam suasana penuh harmoni menerusi penganjuran Majlis Riang Ria Bersama BBP Lutong, di sini, malam tadi.

Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin berkata, penganjuran majlis berkonsepkan empat dalam satu itu membuktikan semangat muhibah dan nilai kebersamaan terus subur dalam kalangan masyarakat negeri ini.

Menurut beliau, majlis tersebut menggabungkan Sambutan PraKrismas, Sambutan Tahun Baharu, Sambutan Hari Jadi Anggota serta Hari Keluarga Bomba Lutong.

“Kerjasama erat antara BBP Lutong dan Gereja BEM Vista Perdana Iban Fellowship, Miri membuktikan bahawa rakyat Sarawak mampu hidup bersatu padu tanpa mengira latar belakang kaum dan agama. Inilah kekuatan Sarawak yang perlu terus dipelihara,” katanya.

Kim Shin berkata demikian menerusi teks ucapan beliau yang dibacakan oleh Penghulu Ngadan Melintang  pada majlis berkenaan yang diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Lutong.

Menurut Kim Shin, suasana keharmonian yang wujud dalam masyarakat Sarawak bukan sahaja menjamin kestabilan sosial, malah menjadi tarikan utama pelancong ke Miri dan negeri ini secara amnya.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan agar BBP Lutong dijadikan pusat pembelajaran komuniti melalui lawatan pendidikan oleh sekolah dan persatuan, khususnya berkaitan aspek keselamatan kebakaran serta pencegahan kemalangan.

Dalam pada itu, Kim Shin urut merakamkan penghargaan terhadap peranan anggota bomba yang sentiasa berada di barisan hadapan dalam pelbagai situasi kecemasan termasuk kebakaran, banjir, ribut, tanah runtuh, kemalangan jalan raya serta operasi mencari dan menyelamat.

“Komitmen dan pengorbanan anggota bomba yang berkhidmat tanpa mengira masa dan keadaan amat dihargai dan wajar dijadikan contoh kepada masyarakat,” katanya.

Beliau turut mengiktiraf Ketua BBP Lutong, Pegawai Bomba Tinggi II Henry Jugah yang menerima empat anugerah penting pada tahun ini termasuk Ahli Bintang Sarawak (ABS) dan Anugerah Dekan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai.

Menurutnya  walaupun BBP Lutong hanya mempunyai 24 pegawai, mereka tetap komited melaksanakan khidmat masyarakat di kawasan Senadin, Kuala Baram, Permyjaya, Tudan, Sealine–Merikan dan Pulau Melayu.

Beliau menegaskan bahawa hubungan erat antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan masyarakat setempat amat penting bagi memastikan keselamatan serta kesejahteraan komuniti terus terpelihara.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM54,000 disalur kepada rumah ibadat di DUN Bawang Assan
Next: 513 kanak-kanak TABIKA, TASKA KEMAS dirai di Hari Apresiasi Parlimen Kota Samarahan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.