
KUCHING: Pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Sentosa telah menjalankan pemantauan di kawasan berisiko banjir di Kampung Bumbok, Pekan Batu Kitang dan Empangan Loji Rawatan Air Batu Kitang hari ini, susulan hujan berterusan yang melanda kawasan berkenaan.
Pemantauan dijalankan antara 11.00 pagi hingga 12.30 tengah hari tadi.
Menurut laporan Komander Operasi, paras air sungai masih terkawal, menunjukkan trend surut, dan rutin harian penduduk setempat berjalan seperti biasa.
Operasi melibatkan tiga anggota dengan penggunaan jentera D’Max, dan tiada insiden atau masalah dilaporkan sepanjang pemantauan dijalankan.