Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Bintulu pantau dua lokasi tanah runtuh
  • Utara
  • WILAYAH

BBP Bintulu pantau dua lokasi tanah runtuh

Utusan Sarawak 3 months ago
PANTAU… Anggota BBP Bintulu menjalankan pemantauan di lokasi tanah runtuh di Perumahan Belle Hill, Jalan Tun Hussein Onn, bagi memastikan keselamatan penduduk setempat.

BINTULU: Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu menjalankan pemantauan keselamatan di dua lokasi tanah runtuh susulan aduan yang diterima hari ini.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, insiden pertama dilaporkan berlaku di Perumahan Belle Hill, Jalan Tun Hussein Onn dengan panggilan kecemasan diterima pada 12.04 tengah hari.

TINDAKAN awal telah diambil yang mana pemasangan kanvas dilakukan bagi menghalang hakisan tanah.

“Sebaik tiba di lokasi, didapati tindakan awal telah diambil yang mana pemasangan kanvas dilakukan bagi menghalang hakisan tanah.

“Tiada operasi penyelamatan dilakukan dan hanya membuat pemantauan keselamatan di lokasi,” katanya.

Lokasi kedua membabitkan Taman Happy Garden Phase 2 dengan laporan diterima pada 12.04 tengah hari.

TINJAU… Pasukan BBP Bintulu meninjau kawasan tanah runtuh sepanjang 15 meter di Taman Happy Garden Phase 2 bagi menilai tahap risiko dan langkah keselamatan yang perlu diambil.

“Didapati berlaku tanah runtuh sepanjang 15 meter dari tebing rumah penduduk.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati keadaan masih terkawal tanpa tanda-tanda pergerakan tanah yang membahayakan.

“Tiada operasi penyelamatan dilakukan kerana keadaan masih terkawal, namun pemantauan keselamatan tetap dijalankan bagi memastikan tiada risiko kepada penduduk setempat,” ujar kenyataan itu.
Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: APAM Marudi pantau lokasi dinaiki air
Next: BBP Sibu Jaya bantu pesakit obesiti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.