Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Bintangor tingkat kesiapsiagaan awal hadapi MTL 2025
  • Tengah
  • WILAYAH

BBP Bintangor tingkat kesiapsiagaan awal hadapi MTL 2025

Utusan Sarawak 14 hours ago
PARAS AIR… Anggota bomba menjalankan tinjauan paras air di Lemayong. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Keadaan cuaca cerah dengan paras air sungai yang normal direkodkan hasil rondaan pemantauan yang dijalankan oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor di kawasan berisiko banjir, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata tindakan itu juga diambil sebagai langkah kesiapsiagaan menghadapi musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula tidak lama lagi.

“Rondaan tersebut melibatkan dua lokasi utama iaitu sekitar kawasan Wharf Bintangor dan kawasan Lemayong di Julau, bagi menilai tahap keselamatan serta keadaan semasa paras air di kawasan tersebut.

“Sepanjang rondaan dijalankan, tiada sebarang insiden diterima dan keadaan paras air kekal normal di kedua-dua lokasi,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Tambahnya, rondaan pemantauan ini merupakan sebahagian daripada langkah persediaan awal pihaknya bagi memastikan tahap kesiapsiagaan anggota bomba berada pada tahap optimum sekiranya berlaku hujan lebat atau banjir.

“Rondaan berkala seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan maklumat semasa dapat diperoleh dan tindakan segera boleh diambil jika berlaku peningkatan paras air. 

“Saya berharap penduduk yang tinggal di kawasan rendah dan berhampiran sungai, agar sentiasa peka terhadap perubahan cuaca serta segera menghubungi pihak bomba sekiranya berlaku sebarang insiden luar jangka,” katanya. 

Katanya, kerjasama dan kewaspadaan masyarakat setempat amat penting dalam memastikan keselamatan menjelang musim MTL. 

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rukun tetangga digesa perkukuh semangat kejiranan dan perpaduan
Next: Projek pembangunan MIRRDA tingkatkan infrastruktur luar bandar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.