Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Bintangor terus siap siaga hadapi MTL
  • WILAYAH

BBP Bintangor terus siap siaga hadapi MTL

Utusan Sarawak 10 hours ago
RONDAAN PEMANTAUAN… Anggota bomba menjalankan rondaan pemantauan paras air di kawasan Sungai Kawi pada malam tadi. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Keadaan cuaca baik dan paras air sungai kekal pada tahap normal direkodkan hasil rondaan pemantauan yang dijalankan oleh pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor di kawasan rendah berisiko banjir, malam tadi.

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata rondaan tersebut dijalankan sekitar 9.16 malam di kawasan Sungai Kawi oleh dua orang anggota bomba. 

“Rondaan pemantauan ini dilaksanakan bagi memantau keadaan semasa paras air sungai serta mengenal pasti sebarang tanda awal kenaikan paras air susulan peralihan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula awal bulan ini. 

“Hasil pemantauan mendapati keadaan sungai dan cuaca berada dalam keadaan baik serta tiada insiden dilaporkan sepanjang rondaan dijalankan.

“Paras air sungai di lokasi berada pada tahap normal dan keseluruhan keadaan masih terkawal,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

RONDAAN PEMANTAUAN… Anggota bomba menjalankan rondaan pemantauan paras air di kawasan Sungai Kawi pada malam tadi. Foto BBP Bintangor 

Tambahnya, pihaknya akan terus menjalankan rondaan berkala di kawasan berisiko bagi memastikan kesiapsiagaan sentiasa berada di tahap optimum sekiranya berlaku perubahan cuaca atau paras air secara mendadak.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: BBP Lutong laksana ujian logistik hadapi Monsun Timur Laut
Next: Program khidmat nasihat undang-undang percuma dekati rakyat Miri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.