BBP Bintangor periksa alat keselamatan kebakaran di lima premis

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA bomba menjalankan pemeriksaan MBK di premis-premis sekitar pasar Bintangor. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Bintangor telah menjalankan pemeriksaan menghapus bahaya kebakaran (MBK) di premis-premis kawasan jagaan pada semalam. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menjalankan pemeriksaan di lima buah premis sekitar pasar Bintangor. 

“Sepasukan bomba bertugas menjalankan pemeriksaan di premis-premis tersebut. Pemeriksaan MBK dijalankan bermula pada 9.30 pagi,” katanya ketika dihubungi. 

ANGGOTA bomba menjalankan pemeriksaan MBK di premis-premis sekitar pasar Bintangor. Foto BBP Bintangor 

Katanya, aktiviti pemeriksaan adalah bagi memastikan alat-alat keselamatan kebakaran di premis-premis tersebut berfungsi dengan baik. 

“Premis diperiksa termasuklah yang sering menjadi tumpuan orang ramai. 

“Pemeriksaan ini juga bertujuan agar orang ramai yang datang ke premis-premis ini akan berasa lebih selamat,” katanya. 

Oleh Earl Anek