
BINTANGOR: Sepasukan bomba telah menjalankan pemeriksaan menghapus bahaya kebakaran (MBK) di premis-premis kawasan jagaan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata pemeriksaan MBK dijalankan di tiga buah premis sekitar pekan Bintangor, baru-baru ini.
“Sepasukan bomba bertugas menjalankan pemeriksaan di premis-premis tersebut.
“Pemeriksaan dijalankan bermula 9.00 pagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Tambahnya, pemeriksaan adalah bagi memastikan alat-alat keselamatan kebakaran di premis-premis tersebut berfungsi dengan baik.
“Antara premis diperiksa termasuk premis yang sering menjadi tumpuan orang ramai.
“Pemeriksaan ini bertujuan agar pengunjung yang datang berkunjung akan berasa selamat apabila berada di dalam premis-premis tersebut.
“Selain itu, pemeriksaan ini juga dapat memastikan pemilik premis sentiasa mematuhi peraturan keselamatan kebakaran di premis mereka,” katanya.
Oleh Earl Anek