Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Bintangor periksa 21 unit pili bomba, dua dikesan rosak
  • WILAYAH

BBP Bintangor periksa 21 unit pili bomba, dua dikesan rosak

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANGGOTA bomba menjalankan pemeriksaan pili bomba bagi memastikan ia berfungsi dengan baik. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Sebanyak 21unit pili bomba telah diperiksa oleh pihak bomba melibatkan dua lokasi utama iaitu Jalan Mahkamah dan Jalan Maju, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata pemeriksaan yang dijalankan dari 9.35 pagi hingga 10.49 pagi tersebut bertujuan memastikan semua pili bomba berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan dengan segera sekiranya berlaku kecemasan kebakaran.

ANGGOTA bomba menjalankan pemeriksaan pili bomba bagi memastikan ia berfungsi dengan baik. Foto BBP Bintangor

“Pemeriksaan ini penting bagi memastikan sistem bekalan air untuk operasi pemadaman kebakaran sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan yang tinggi.

“Di Jalan Mahkamah, sebanyak 14 unit pili bomba telah diperiksa dan hasil pemeriksaan mendapati satu unit dikenal pasti rosak. Manakala, di Jalan Maju pula, sebanyak tujuh unit pili bomba diperiksa dengan satu unit turut didapati rosak,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak, hari ini.

ANGGOTA bomba menjalankan pemeriksaan pili bomba bagi memastikan ia berfungsi dengan baik. Foto BBP Bintangor

Mahmudin turut menekankan peranan program Teman Pili Bomba yang bertujuan meningkatkan penglibatan komuniti setempat dalam menjaga dan memantau keadaan pili bomba di kawasan masing-masing.

“Kami berharap orang ramai mendaftar sebagai Teman Pili Bomba. Mereka boleh melapor kepada pihak kami sekiranya terdapat aktiviti vandalisme pili bomba atau pili bomba tidak berfungsi di kawasan perumahan mereka,” katanya. 

Dalam pada itu, katanya, kerjasama masyarakat setempat amat penting bagi memastikan pili bomba tidak dihalang oleh kenderaan atau struktur lain, sekali gus memudahkan akses ketika operasi pemadaman kebakaran dijalankan.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bomba pantau keadaan paras air di feri Sungai Nyelong
Next: Pertandingan nyanyian satukan komuniti Sarawak dan Brunei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.