Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Bintangor periksa 17 unit pili bomba demi keselamatan komuniti
  • Tengah
  • WILAYAH

BBP Bintangor periksa 17 unit pili bomba demi keselamatan komuniti

Utusan Sarawak 1 day ago
PERIKSA….Pemeriksaan pili bomba oleh anggota bomba. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Sebanyak 17 unit pili bomba telah diperiksa oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, semalam.

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata ia adalah usaha berterusan pihaknya bagi memastikan tahap kesiapsiagaan menghadapi kebakaran

“Pemeriksaan pili bomba bermula dari 8.30 pagi hingga 11.00 pagi melibatkan dua orang anggota bomba. 

“Pili-pili bomba yang diperiksa adalah di sekitar kawasan Jalan Tanjung Genting, Jalan Sing Ba, Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Stras, SK Sungai Kawi, SK Ulu Binatang, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kai Sing dan Jalan Lasi,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Menurut beliau, pemeriksaan berkala tersebut penting bagi memastikan semua pili bomba sentiasa berfungsi dengan baik. 

“Pili bomba adalah aset penting untuk memadamkan kebakaran. 

“Kalau tiada tekanan air atau ada kerosakan, ia boleh menjejaskan operasi pemadaman kebakaran,” katanya.

Tambahnya, antara aspek yang diperiksa termasuk tekanan air, kebocoran dan kebersihan kawasan sekitar pili.

Oleh Earl Anek 

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Buaya sesat dalam longkang depan rumah di Kampung Pelita
Next: Pusat Komuniti Taman Hui Sing jadi ikon baharu bandar sihat Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.