
BINTANGOR: Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor bergegas ke Rumah Nyandang, Sungai Rayah, Batu 5, Jalan KJD selepas menerima panggilan kecemasan berkenaan kebakaran rumah panjang sekitar 8.17 malam tadi.
Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, setibanya di lokasi, didapati tiada kebakaran yang berlaku.
“Tiada operasi pemadaman dan penyelamatan dilakukan kerana tiada kebakaran berlaku seperti yang dilaporkan.
“Hanya tiada bekalan elektrik berlaku di rumah panjang tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, pasukan bomba hanya memantau keadaan di rumah panjang.
Oleh Earl Anek