
BINTANGOR: Dua orang anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor telah menjalankan rondaan pemantauan paras air di tebingan Sungai Rajang pada malam tadi.
Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin berkata pemantauan paras air tersebut dijalankan bermula 10.05 malam.
“Sepanjang rondaan dijalankan, paras air di kawasan rendah berisiko banjir tersebut berada dalam keadaan terkawal.
“Tren air sungai pasang berlaku semasa pihak kami menjalankan rondaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, rondaan pemantauan di lokasi selesai pada 10.30 malam.
“Alhamdulillah, cuaca baik semasa anggota bomba menjalankan rondaan pemantauan.
“Tiada sebarang panggilan kecemasan diterima dan tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang rondaan tersebut,” katanya.
Oleh Earl Anek