
BINTANGOR: Sarang serangga berbisa pada dinding sebuah gereja di Jalan Narasit berjaya dimusnahkan anggota bomba dalam operasi khidmat khas.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 6.04 petang semalam.
“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan bomba diketuai oleh komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Bakar Ujang digerakkan ke lokasi.
“Sampai di lokasi, didapati terdapat sarang serangga berbisa berada pada bahagian dinding gereja tersebut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, sebelum memusnahkan sarang serangga tersebut, anggota bomba memakai pakaian pelindung diri (PPE).
“Semburan racun serangga digunakan bagi memastikan sarang berhasil dimusnahkan.
“Khidmat khas memusnahkan sarang serangga berbisa selesai sepenuhnya pada 7.14 malam,” ujarnya.
Oleh Earl Anek