Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Bintangor laksana pemeriksaan lima pili bomba, semua berfungsi baik
  • Tengah
  • WILAYAH

BBP Bintangor laksana pemeriksaan lima pili bomba, semua berfungsi baik

Utusan Sarawak 12 hours ago
PERIKSA PILI BOMBA…Anggota bomba memeriksa pili bomba di kawasan jagaan BBP Bintangor, semalam. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Pemeriksaan berkala ke atas pili bomba perlu dilaksanakan secara konsisten bagi memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan ketika kecemasan, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin.

Menurut beliau, langkah itu penting bagi menjamin kelancaran operasi pemadaman kebakaran tanpa gangguan akibat kerosakan teknikal.

“Kita tidak mahu apabila berlaku kebakaran, pili bomba tidak berfungsi atau rosak sehingga menjejaskan operasi menyelamat.

Oleh itu, pemeriksaan berkala perlu diteruskan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mahmudin turut menekankan keperluan kerjasama masyarakat setempat dalam memastikan pili bomba di kawasan mereka sentiasa berada dalam keadaan baik dan tidak dihalang oleh halangan fizikal.

Beliau memaklumkan bahawa pihaknya telah menjalankan pemeriksaan ke atas lima pili bomba di sekitar Bintangor, semalam.

“Pemeriksaan bermula pada 10.00 pagi melibatkan sepasukan anggota dari Pasukan Bravo BBP Bintangor.
“Alhamdulillah, semua pili bomba yang diperiksa dalam keadaan baik,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kampung Batu Mumong Atas bakal miliki dewan baharu, projek lorong siap sepenuhnya
Next: Pelbagai projek pembangunan bakal dilaksana di Matu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.