

BINTANGOR: Tiga sesi rondaan pemantauan banjir dilaksanakan oleh pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor dari malam hingga awal pagi bagi memantau paras air dan keadaan cuaca di kawasan berisiko.
Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata rondaan tersebut dijalankan pada 8.00 malam tadi, 12.00 tengah malam dan 4.00 pagi tadi melibatkankan dua anggota bomba yang ditugaskan untuk membuat penilaian situasi semasa.
“Kawasan pemantauan memberi tumpuan kepada Kampung Abg Amin, Jalan Tai Ming dan Taman Bintang yang dikenal pasti sebagai lokasi berpotensi terjejas sekiranya berlaku hujan lebat berterusan.
“Rondaan berkala amat penting dalam memastikan tindakan awal dapat diambil sekiranya berlaku perubahan mendadak terhadap paras air,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, romdaan pemantauan dijalankan bagi menilai tahap paras air di kawasan tertentu dan memastikan keselamatan komuniti setempat.
“Ia memberi ruang kepada kami untuk bertindak dengan cepat jika situasi tidak terkawal.
“Sepanjang rondaan pemantauan dijalankan, kawasan rondaan berada dalam keadaan baik dan terkawal, cuaca baik dan trend air menurun,” katanya.
Oleh Earl Anek