BBP Bintangor jalankan rondaan pemantauan tebingan Sungai Rajang

Facebook
WhatsApp
PARAS AIR… Rondaan pemantauan paras air di tebingan Sungai Rajang oleh anggota bomba pada malam tadi. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Pihak bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor telah menjalankan rondaan pemantauan di tebingan Sungai Rajang malam tadi. 

Ketua BBP Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, dua anggota bomba bertugas menjalankan pemantauan tersebut. 

“Rondaan pemantauan bermula pada 11.00 malam hingga 11.20 malam. 

“Keadaan paras air di tebingan Sungai Rajang adalah terkawal,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Katanya, air sedang surut ketika pihaknya menjalankan rondaan pemantauan tersebut. 

“Alhamdulillah, cuaca baik dan air surut semasa pemantauan. 

“Tiada sebarang panggilan kecemasan diterima dan tiasa sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang rondaan tersebut,” katanya.

Oleh Earl Anek