Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Bintangor giat pemeriksaan menghapus bahaya kebakaran, pastikan premis selamat
  • WILAYAH

BBP Bintangor giat pemeriksaan menghapus bahaya kebakaran, pastikan premis selamat

Utusan Sarawak 6 hours ago
SETIAP premis yang diperiksa diberi penerangan mengenai penggunaan alat pemadam api yang betul. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Bintangor terus mempergiat usaha pencegahan kebakaran melalui pemeriksaan menghapus bahaya kebakaran (MBK) ke atas empat premis di kawasan jagaan bagi memastikan tahap keselamatan sentiasa terjamin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin, berkata pemeriksaan dijalankan bermula 4.00 petang hingga 5.00 petang, baru-baru ini.

“Semasa pemeriksaan MBK dijalankan di premis disenaraikan, didapati tiada sebarang bahaya kebakaran wujud dan tiada notis dikeluarkan kepada mana-mana premis terlibat.

“Pemeriksaan tersebut dilaksanakan oleh tiga orang anggota bomba sebagai sebahagian daripada usaha berterusan pihak kami dalam memastikan pematuhan aspek keselamatan kebakaran di premis sentiasa berada pada tahap memuaskan,” katanya ketika dihubungi.

ANGGOTA bomba menjalankan pemeriksaan MBK di premis yang terlibat. Foto BBP Bintangor

Katanya, selain pemeriksaan fizikal premis, sesi perkongsian kesedaran berkaitan pencegahan kebakaran kepada pihak premis yang terlibat.

“Antara pengisiannya termasuklah penerangan mengenai penggunaan alat pemadam api yang betul serta aspek penjagaan dan penyelenggaraan peralatan berkenaan bagi memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan baik dan berfungsi sekiranya berlaku kecemasan.

“Pemeriksaan MBK akan diteruskan secara berkala sebagai langkah proaktif bagi meningkatkan tahap keselamatan kebakaran serta mengurangkan risiko kejadian kebakaran di kawasan jagaan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Aidilfitri perkukuh perpaduan masyarakat berbilang kaum
Next: Bomba dipanggil bantu ambil tongkat jatuh dalam parit

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.