Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • BBP Bintangor berjaya kawal kebakaran belukar
  • KEBAKARAN

BBP Bintangor berjaya kawal kebakaran belukar

Utusan Sarawak 20 hours ago
KEBAKARAN… Anggota bomba memadamkan kebakaran belukar di Kampung 1 Malaysia malam tadi. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Satu kes kebakaran belukar telah berlaku di Kampung 1 Malaysia pada malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.09 malam.

“Respons dengan panggilan kecemasan, komander operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Bakar Ujang dan lima orang anggota bomba bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati api sedang marak membakar belukar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, anggota bomba bertindak memadamkan kebakaran belukar menggunakan satu aliran salur bantu mula dan sumber air dari tangki jentera bomba.

“Kebakaran belukar berjaya dipadamkan sepenuhnya dalam tempoh lebih kurang 36 minit.

“Operasi di lokasi tamat sepenuhnya pada 8.49 malam,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Kebakaran belukar di Kampung 1 Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.