Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • BBP Bau bantu logistik, pantau banjir Kampung Bijuray Mongang
  • TEMPATAN

BBP Bau bantu logistik, pantau banjir Kampung Bijuray Mongang

Utusan Sarawak 22 hours ago
BANJIR… Bomba melaksanakan rondaan Monsun Timur Laut (MTL) dan pemantauan di kawasan berisiko banjir di Daerah Bau awal pagi tadi. Foto BBP Bau

BAU: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak telah melaksanakan rondaan Monsun Timur Laut (MTL) dan pemantauan di kawasan berisiko banjir di Daerah Bau awal pagi tadi.

Rondaan dijalankan pada 12.30 pagi tadi, melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau dengan kekuatan empat anggota serta menggunakan kenderaan Hilux dan lori.

Pemantauan tertumpu di kawasan Kampung Bijuray Mongang, Krokong di mana keadaan cuaca dilaporkan hujan renyai-renyai dan paras air menunjukkan trend menurun.

Selain pemantauan banjir, pasukan bomba turut membantu dari segi logistik dengan membawa barangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Kampung Bijuray Mongang.

JBPM Sarawak menegaskan rondaan dan pemantauan akan diteruskan secara berkala sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin.

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: 2 kampung terjejas banjir, 16 penduduk dipindahkan ke PPS
Next: Gua Angin, Gua Pari-Pari ditutup sementara akibat banjir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.