Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Batu Niah perketat rondaan pemantauan MTL
  • Utara
  • WILAYAH

BBP Batu Niah perketat rondaan pemantauan MTL

Utusan Sarawak 3 weeks ago
PANTAU…Anggota bomba memantau di kawasan berisiko banjir.

BATU NIAH: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah terus mempertingkat rondaan dan pemantauan Monsun Timur Laut (MTL) di kawasan berisiko banjir walaupun keadaan cuaca di daerah ini dilaporkan cerah.

Menurut Laporan Keadaan Cuaca Harian Pasukan Bravo BBP Batu Niah hari ini, pemantauan cuaca yang dijalankan secara berkala setiap empat jam mendapati keadaan setakat ini terkawal tanpa sebarang kejadian kecemasan dilaporkan.

Kemas kini laporan yang dibuat pada 8.00 pagi, 12.00 tengah hari dan 4.00 petang menunjukkan balai berada dalam keadaan siap siaga dengan tahap kesiapsiagaan anggota berada pada tahap optimum.

Langkah pemantauan berterusan itu penting bagi memastikan sebarang perkembangan cuaca luar jangka dapat ditangani segera, khususnya ketika negara masih berada dalam fasa Monsun Timur Laut.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Kelvin Yii sampaikan ‘hadiah awal Krismas’ RM106,600 kepada SMK Batu Lintang
Next: Pembangunan inklusif DUN Kalaka selaras PCDS 2030, semua komuniti disantuni

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.