Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • BBP Batu Niah jayakan latihan keselamatan kebakaran di SK Ladang No. 3
  • Utara
  • WILAYAH

BBP Batu Niah jayakan latihan keselamatan kebakaran di SK Ladang No. 3

Utusan Sarawak 2 days ago
BERANI…Anggota BBP Batu Niah kongsikan teknik penggunaan alat pemadam kebakaran kepada salah seorang pelajar pada Program Taklimat dan Latihan Keselamatan Kebakaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Ladang No. 3, pagi tadi.

BEKENU: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah mengadakan Program Taklimat dan Latihan Keselamatan Kebakaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Ladang No. 3, pagi tadi.

Ketua BBP Batu Niah, Pegawai Bomba Tinggi II (PBT II) Rary Binjie berkata, program tersebut bagi meningkatkan tahap kesedaran dan kesiapsiagaan warga sekolah dalam menghadapi sebarang kemungkinan kejadian kebakaran.

Katanya, objektif latihan ini adalah untuk menilai tahap kesiapsiagaan murid, guru dan seluruh penghuni sekolah dalam menghadapi situasi kecemasan serta memastikan mereka memahami prosedur yang betul semasa berlaku kebakaran.

“Antara pengisian utama ialah taklimat dan ceramah keselamatan kebakaran, diikuti demonstrasi penggunaan alat pemadam api (A.P.A) dan latihan pemindahan bangunan.

“Program yang berlangsung dari 9.00 pagi hingga 12.15 tengah hari melibatkan penyertaan 12 tenaga pengajar dan staf sekolah serta 24 murid,” katanya.

BBP Batu Niah menghantar empat pegawai dan anggota untuk menjayakan program ini, terdiri daripada PBK II (TBK I) Ladi, PBK II (TBK I) Azalan, PBB Fadzli dan PBB Fazmil.

Pihak sekolah turut merakamkan penghargaan kepada BBP Batu Niah atas usaha berterusan dalam memberikan pendidikan keselamatan kebakaran, seiring dengan aspirasi membudayakan amalan keselamatan di peringkat komuniti.

Oleh Adum Liu

Continue Reading

Previous: DAP Stampin secures over RM1.6 million in federal funding for non-muslim houses of worship
Next: ADUN Kabong ziarah warga emas diserang strok, sumbang kerusi roda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.