
BATU LINTANG: Pasukan BBP Batu Lintang telah menjalankan rondaan pemantauan di kawasan berisiko banjir termasuk Kampung Sinar Budi, Kampung Sungai Maong, Batu Kawa dan Batu Lintang bermula 9.30 pagi tadi.

Sepanjang rondaan, beberapa kampung mencatatkan kenaikan paras air akibat hujan semalaman dan paras air sungai yang pasang, namun keadaan masih terkawal.
Penduduk dinasihatkan sentiasa berwaspada dan segera menghubungi pihak bomba jika paras air terus meningkat.

Rondaan diketuai oleh anggota PBK II 15483 Aric Sanji (P) dan PB 17058 Clif Thomson Dagai dengan bantuan kenderaan Hilux WA6451V.
Pasukan Bravo, BBP Batu Lintang menegaskan pemantauan berterusan akan dijalankan untuk memastikan keselamatan penduduk.