Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • BBP bantu tangkap ular
  • TEMPATAN

BBP bantu tangkap ular

Utusan Sarawak 4 years ago
BERJAYA DITANGKAP…Ular tiung cincin emas berjaya ditangkap oleh anggota bomba di sangkar ayam.

BINTANGOR: Seekor ular tiung cincin emas berukuran panjang 1.5 meter telah ditangkap oleh anggota bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, PPgB Nicholas Belulin berkata, ular tersebut ditangkap oleh pihaknya di salah sebuah sangkar ayam di Sungai Labas, pagi semalam.

“Ular tersebut berjaya ditangkap oleh anggota bomba menggunakan alat penjerut ular.

“Terdahulu, pihak kami menerima panggilan kecemasan daripada pemilik ayam yang melaporkan penemuan ular tiung cincin emas di dalam sangkar ayamnya,” katanya.

PPgB Nicholas Belulin berkata demikian dalam satu kenyataan, pagi semalam.

Tambahnya, respons dengan panggilan kecemasan sekitar jam 8.36 pagi, tiga anggota bomba diketuai oleh PBK II Mohd Khairul Adeni Bahgia bergegas ke lokasi untuk menangkap ular.

“Operasi menangkap ular tamat jam 9.06 pagi.

“Setelah ditangkap, ular dilepaskan semula ke habitat asal,” ujarnya.

Continue Reading

Previous: 76 bungkus bubur lambuk diagihkan
Next: Hospital Miri terima 80 set tilam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.